Terima kasih Tok Wan & Atuk Mimah


Berselera pakteh dan atuk mimah menikmati chiken slizing.

Tok Wan order lain dapat pulak lain,kira ok la.......x cukup dengan chiken slizing,siap tambah kuey tiaw lagi....tp kuey tiaw nyer...????


aksi menunggu pesanan tiba....


Setelah hampir 3 bulan ,tidak menjejakkan kaki ke rumah atuk dan tok wan,bergetar sgt2 kata hati ini untuk balik dan menziarahi ibunda tercinta...apa tidaknya,isian kuliah UKM sebelumnya turut membicara dan berkongsi kisah suka cita bersama ayahandanya.Tersentap SEKETIKA melihat leleh air mata pensyarah tersebut tidak dapat mengungkap perit rasa mengenangkan pemergian ayahandanya yang tercinta.
Tanpa dirancang percasimbiosis pun terus bertekad untuk pulang menemui ibunda dan ayahanda.TerpancarLah terubatnyer rindu seorang atuk dan tok wan buat cucunye setelah lama tidak bersua.Malam tersebut seperti biasa rencana di atur Tok wan.
Terima Kasih Atuk & Tok Wan.


Perihal 3 Perkara ?



3 Hal yang membuat Kita Kuat :
• IMAN
• PENGHARAPAN
• KASIH

3Hal yang tidak akan dilupakan :
• CINTA
• KEJUJURAN
• PERSAHABATAN

3 hal yang tidak pernah kembali :
• WAKTU
• PERKATAAN
• KESEMPATAN

3 hal yg menghancurkan :
• KEMARAHAN
• KESOMBONGAN
• KESERAKAHAN

3 hal tidak boleh hilang :
• KASIH
• SUKA CITA
• DAMAI SEJAHTERA

3 Hal yang membuat Kita Dewasa :
• KESABARAN
• KETULUSAN
• RASA SYUKUR

3 hal membuat Kita Berharga :
• KOMITMEN
• KERENDAHAN HATI
• KEJUJURAN

Sulamilah citra isi diri kita dengan pautan 3 di atas sebagai batasan harakat terlaksana hajat.

Petua Harmonikan Rumahtangga



HAL YANG SERING MEROSAKKAN PERNIKAHAN.

Suami :
1. Suami tidak berfungsi menjadi pemimpin dgn baik akibatnya saling melukai.
2. Suami gagal menjadikan Isteri sumber perkongsian dlm hidupnya.
3. Suami membandingkan Isteri dgn wanita lain.
4. Suami kurang disiplin mengawal emosi dan kebiasaan bertabiat buruk.
5. Suami gagal memuji hal-hal kecil dari Isteri.
6. Suami menolak pendapat Isteri.
7. Suami tidak pernah minta maaf.

Isteri :
1. Isteri tidak menghargai Suami sbgai autoriti.
2. Isteri gagal menundukan diri kpd Suami.
3. Isteri gagal menampilkan kecekapan batiniah.
4. Isteri gagal menunjukan rasa syukur kpd Suami.

Keperluan seorang Suami :
1. Layanan kasih sayang.
2. Isteri sebagai sahabat.
3. Rumah yg rapi.
4. Isteri yg menarik
5. Saling menghargai.

Keperluan seorang Isteri :
1. Kasih dan penghargaan.
2. Diajak bicara.
3. Jujur dan terbuka.
4. Kewangan yang cukup.
5. Komitmen terhadap keluarga.

Justeru,bersumberkan sedikit panduan kajian ini,marilah digubah kembali jalinan ikatan yang jikalau telah terlerai sedikit simpulannya,kita rentapkan kembali menjadi simpulan mati yang tidak mungkin dirungkai lagi akan ikatan kasih tautannya.
INGAT..!! Teraju keluarga yg berhasil dlm keluarga maka keberhasilan yg lain akan mengikuti, Teraju keluarga yg gagal dlm memacu keluarganya maka kegagalan lain akan mengikuti."

SEKADAR RENUNGAN........

Penangan Ultraman


Ultraman sememangnya menjadi idola kegemaran kanak-kanak.terlalu asyik dengan aksi2 tempurnya imaginasi kanak2 cukup menjadi ikutan.


Terlalu asyik menggayakan aksi Ultraman,akhirnya rifqi telah tercedera ketika menggayakan aksi-aksi pertarungan walaupun pertarungannya baru diperingkat latihan...saksikan.

tangan kanan rifqi


Terguris pada paku didinding



sebelum menerima rawatan

Setelah menerima satu injeksyen........
Inilah sedikit natijah yang perlu sama-sama kita iktibarkan........

Mewarna Poster antidadah


Cikgu Hasriq bin mohammad penyelaras program mewarna tersebut
memberi semangat dan panduan pada para peserta.

memerhati akan gelagat sir Hasriq......



Muhammad Aiman Nafiz Khusyuk menyiapkan tugasan lukisannya bertajuk Hidup Ceria Tanpa Dadah


Hari terakhir persekolahan penggal ini,diisi dengan pertandingan mewarna dan pelancaran kelab Rukun Negara,Aiman cukup bersemangat mengikuti program tersebut.Pendedahan yang sangat baik buat semua murid kerana bakat semulajadi dan penghayatan terhadap bahaya Dadah dan Rukun negara dapat dimengerti serta di adaptasi....mudah mudahan peroleh panduan bimbingan jalan kebenaran.Telah berlangsung di dewan besar SK Mela Lipis.

Selamat Bercuti



cuti ni x rancang nak pi mana-mana lagi.....adik dan aiman dok desak nak p sun way lagoon atau Bukit gambang,camner la simbiosis nak p.....gaji kan lambat lagi.apa2 pun nantikan la...

Cameron Highlands




Jam 1 Petang setelah menjemput ummi dari Padang Tengku,simbiosis melawat perkarangan bandar baru Lipis,Hajat mulanya sekadar bersiar-siar sahaja.Seru gurauan Ummi mengajak ke Cameron Highlands menjadi kenyataan apabila jam 3.45 petang berpijaklah simbiosis ke sana.Seronok tak terkata diraut wajah semua.seperti tidak percaya,macam nak ke jerantut je persiapan perjalanannya.Masih ramai lagi pengunjung di sana .Seronok memilih sayur yang segar dijual pada harga pengabisan.Jagung bakar sememangnya pilihan yang tidak boleh dilepaskan.Namun coret kenang indah tersebut tidak dapat dirakam papar kerana dipertengahan perjalanan kami,bateri kedua-dua handset telah kehabisan baterinya.Dalam kelewatan gaji bulan ini,pelabagai pula aktiviti tidak direncana direalisasi.