Maulidur Rasul





Possing sakan murid perpaduan sempena maulud nabi tahun ini.

Abang Long tersenyum puas setelah dapat bersama sama meraikan sambutan maulud tahun ini.



Rifqi bersama Tadika Perpaduan Mela.....yang pakai baju coklat tu anak cikgu khalid jiran baik simbiosis.




Maulidur rasul tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kemeriahan,hampir sepuluh tahun berkhidmat di Kg Mela ,Sambutan yang diluar jangka telah terlaksana dengan jaya.Aiman dan Rifqi turut sama mengambil bahagian dalam majlis tersebut.Sejak dari awal pagi lagi x henti berselawat menanti petang acara sebenar.Walau pun Ummi ketika itu di Padang Tengku mengikuti MASISUPA ZON sambutan tetap meriah.........




Sukan SK Mela Lipis

Suasana Sukan Tahunan SK Mela 2010 kali ke-39
Fokus pada rumah Datuk Bahaman pimpinan Simbiosis
"ice cream Malaysia" cetusan ilham Cikgu Aziela belum terbit di pasaran " Selusuh pengikat Rumah Datuk Bahaman dari ancaman
"

menunggu penutupan temasya sukan kali ke-39



Tahun ini melakar sejarah manis apabila rumah Datuk Bahaman meningkat dari tangga lalu beranjak meninggal merah di tangga terakhir.Sukan untuk Ibadah adalah cogan sepanduk penenang jiwa agar tidak rungsing dan mudah gundah gulana...........



Coretan Kedah



menenangkan rifqi yang penuh persoalan.



Mak Teh Amin .................


Kesempatan cuti sekolah yang lalu,simbiosis telah pergi melawat tok wan di Kedah ,Negeri jelapang padi,hampir 4 bulan tidak berjumpa tok wan.Mak Teh Amin,Ibu yang simbiosis menumpang kasih turut kami bawa melawat Kedah.Keterbatasan cuti yang singkat membuatkan rencana lawatan kami cukup padat.apa tidaknya dari Sg Petani Ke Pendang.
Pendang ke Tanjung Dawai dan hampir2 ke Padang Besar.Disebabkan ada peristiwa kematian sedara pakcik Mail maka, rencana dibatalkan.Kenangan di Restoran Clapot kari ikan bawal cukup meninggalkan seribu kenangan.apa tidaknya satu jam tunggu hidangan,lauk dah siap nasi pulak belum masak lagi......ujian.

Mana lah si Wira Negara ni ?


Kenangan ini semasa di Kem Pinggiran Pelangi Muadzam Shah Pahang, Atuk merenung jauh memikirkan hal keadaan wiranya Pak teh setelah sebulan menetap di sana.Pelbagai soalan yang belum terjawab di mindanya.Sambil di perhatikan oleh simbiosis yang menyediakan hidangan sajian tegahari tersebut
.Atuk Mimah masak asam pedas ikan merah dan kari kepal ikan ,memang sodap,berkhelah kami di bawah pohonan rimba tersebut.

Wira Kem Pinggiran Pelangi


Mohammad Helmi Izwan ( Pak Teh ),kini salah seorang dari Wira Negara di Kem Pinggiran Pelangi Muadzam Shah.Pahang.Genap sebulan dah pak teh di Kem tersebut.Nampak cukup semangat dan perubahan besar padanya.Pelukan Atuk Mimah meleraikan rasa rindu Pak Teh pada ibu,bahkan menguatkan lagi hasrat,cita dan azamnya demi menyahut seruan negara.Hampir 3 jam kami melawat Pak Teh.Waktu melawat cuma pada hari Ahad sahaja jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.Atuk & Tok Wan berasa puas ,setelah mendapati Pak Teh selesa dan berlaku anjakkan besar pada dirinya.Kunjungan kami cukup mengembirakan Pak Teh apabila kami di sambut dengan tabik hormat sebelum meninggalkan kem tersebut.Syabas Pak Teh..........

ABC Kemunting


Pasti tersentap selera bila menatap kilauan warna bahan adunan ABC atuk mimah,Bila dah pekena apam balik ,apa salahnyanya dibasahkan tekak dengan ABC atuk mimah.Bukan sekadar menghilangkan dahaga,malahan pasti kenyang dengan bahan adunan disedia.Memang sedap ABC atuk mimah ni.......
Lihatlah betapa asyiknya cucu-cucunya menikmati hidangan tu.

Apam Balik Kemunting Kuantan


Ni la wajah Tok Wan Halim,sekiranya berkunjung ke Kuantan,ibu negeri Pahang,mai la singgah kat gerai kemunting.Qtrs JKR.memang lain dari yang lain citarasa apam baliknya.Tok wan Halim ni memang dah lama mengendalikan perniagaan apam balik ni.RM 1.20 harga sekeping.memang berbaloi la dengan harganye.Tak menyesal punye.selamat maju jaya Tok Wan.Mai singgah!mai singgah!Mai la pakat-pakat singgah..........
no phone Tok wan halim ni : 014 8090226