Penangan Ultraman
Ultraman sememangnya menjadi idola kegemaran kanak-kanak.terlalu asyik dengan aksi2 tempurnya imaginasi kanak2 cukup menjadi ikutan.
Terlalu asyik menggayakan aksi Ultraman,akhirnya rifqi telah tercedera ketika menggayakan aksi-aksi pertarungan walaupun pertarungannya baru diperingkat latihan...saksikan.
tangan kanan rifqi
Mewarna Poster antidadah
Cikgu Hasriq bin mohammad penyelaras program mewarna tersebut
memberi semangat dan panduan pada para peserta.
memerhati akan gelagat sir Hasriq......
Muhammad Aiman Nafiz Khusyuk menyiapkan tugasan lukisannya bertajuk Hidup Ceria Tanpa Dadah
Hari terakhir persekolahan penggal ini,diisi dengan pertandingan mewarna dan pelancaran kelab Rukun Negara,Aiman cukup bersemangat mengikuti program tersebut.Pendedahan yang sangat baik buat semua murid kerana bakat semulajadi dan penghayatan terhadap bahaya Dadah dan Rukun negara dapat dimengerti serta di adaptasi....mudah mudahan peroleh panduan bimbingan jalan kebenaran.Telah berlangsung di dewan besar SK Mela Lipis.
Cameron Highlands
Jam 1 Petang setelah menjemput ummi dari Padang Tengku,simbiosis melawat perkarangan bandar baru Lipis,Hajat mulanya sekadar bersiar-siar sahaja.Seru gurauan Ummi mengajak ke Cameron Highlands menjadi kenyataan apabila jam 3.45 petang berpijaklah simbiosis ke sana.Seronok tak terkata diraut wajah semua.seperti tidak percaya,macam nak ke jerantut je persiapan perjalanannya.Masih ramai lagi pengunjung di sana .Seronok memilih sayur yang segar dijual pada harga pengabisan.Jagung bakar sememangnya pilihan yang tidak boleh dilepaskan.Namun coret kenang indah tersebut tidak dapat dirakam papar kerana dipertengahan perjalanan kami,bateri kedua-dua handset telah kehabisan baterinya.Dalam kelewatan gaji bulan ini,pelabagai pula aktiviti tidak direncana direalisasi.
Maulidur Rasul
Possing sakan murid perpaduan sempena maulud nabi tahun ini.
Abang Long tersenyum puas setelah dapat bersama sama meraikan sambutan maulud tahun ini.
Rifqi bersama Tadika Perpaduan Mela.....yang pakai baju coklat tu anak cikgu khalid jiran baik simbiosis.
Maulidur rasul tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kemeriahan,hampir sepuluh tahun berkhidmat di Kg Mela ,Sambutan yang diluar jangka telah terlaksana dengan jaya.Aiman dan Rifqi turut sama mengambil bahagian dalam majlis tersebut.Sejak dari awal pagi lagi x henti berselawat menanti petang acara sebenar.Walau pun Ummi ketika itu di Padang Tengku mengikuti MASISUPA ZON sambutan tetap meriah.........
Sukan SK Mela Lipis
Coretan Kedah
menenangkan rifqi yang penuh persoalan.
Mak Teh Amin .................
Kesempatan cuti sekolah yang lalu,simbiosis telah pergi melawat tok wan di Kedah ,Negeri jelapang padi,hampir 4 bulan tidak berjumpa tok wan.Mak Teh Amin,Ibu yang simbiosis menumpang kasih turut kami bawa melawat Kedah.Keterbatasan cuti yang singkat membuatkan rencana lawatan kami cukup padat.apa tidaknya dari Sg Petani Ke Pendang.
Pendang ke Tanjung Dawai dan hampir2 ke Padang Besar.Disebabkan ada peristiwa kematian sedara pakcik Mail maka, rencana dibatalkan.Kenangan di Restoran Clapot kari ikan bawal cukup meninggalkan seribu kenangan.apa tidaknya satu jam tunggu hidangan,lauk dah siap nasi pulak belum masak lagi......ujian.

Langgan:
Catatan (Atom)