SeLaMaT HaRi GuRu


Tanggal 16 Mei Tahun Ini telah memberi sentuhan seribu penghargaan dan makna sebenar Hari Guru,Kebiasaan sambutan hari tersebut jatuh pada hari persekolahan biasa,maka kesibukan tugas tidaklah membuka ruang besar untuk penghayatannya.Lain sangat rasanya bila hari guru ini disambut pada hari Ahad,Hari kita cuti dan rehat,Terasa Cukup dihargai dan penuh bererti...
Siaran radio dan Tv,asyik memperdengarkan jasa pengorbanan guru ini menggamit memori,
Mudah-mudahan sambutan tahun ini melakar azam dan tekad baru dalam menelusuri menjadi pendidik serta menjadi guru yang lebih Inovatif,Kreatif dan Punyai Sunnah Pada Sahsiah dan Tarbiah.
PerkenankanLah Wahai Tuhan Kami........

SeLaMaT HaRi IbU


Wahai Allah....
Anugerahkanlah buat dua insan ini RahmatMu,
Limpahilah buat dua insan ini BarakahMu,
Sinarilah buat dua insan ini Cahaya sebenar KehidupanMu,
Lindungi dan Selamatkanlah dua insan ini,
Kerana Insan Mulia ini ,
Sebenarnya Bergelar Ibu ,
Selamat Hari Ibu...........................................................

Kenangan di Deerland Park


Jika berkunjung ke Kuala Gandah,jangan lupa ke deerland park,RM 6 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak.


Aktiviti bergambar dengan ular sawa.siapa yang berani boleh pegang dan bergambar.


Rifqi nampak berminat dan teringin untuk mencuba...


Hentian rehat pertama setelah aktiviti memberi makan rusa.


Beruang ni jinak,boleh la bergambar pada
mereka yang ingin merakamkan saat indah bersama beruang.


Deerland Park


Memang seronok dan puas bila dapat mendekati dan memberi makan pada rusa ni.apa tidaknya menerkam setinggi kita untuk dicapai habuan makanannya...


makanan yang dibekalkan untuk rusa ini ialah keledek yang dipotong seperti kentang goreng.asyik sungguh memberi makan kepada rusa di sana.


Habis dah....jika anda datang berempat,maka 4 bakul makanan akan diberikan.bergantung lah pada jumlah kunjungan kita...


Habis basah tangan bila dijilat oleh sang rusa....melendir2 rasanya.


Langkah jejak Kunjungan pertama ke Deerland setelah selesai mengikuti aktiviti gajah di Kuala Gandah,tidaklah terasa teruja akan keseronokkan pada mulanya.apa tidaknya,dah la kena bayar nampak macam hambar je...mungkin dah lewat petang.Setelah mengikuti aktiviti bersama rusa barulah terasa kalainannya..mmg lain dari yang lain.Berbaloi la dengan bayaran yang diberi.Sepatutnya aktiviti memberi makan rusa di dalam kandang.tapi nak beri peluang anak2 kat luar kandang pun dak kira ok.Bagi mereka yang meminati keindahan alam fauna dan flora pastikan anda ke sana......



Kenangan di Kuala Gandah


Perancangan asal nak ke Mentakab telah berlanjutan ke Kuala Gandah.Sememangnya telah lama disebut-sebut kini termakbullah hajat aiman dan Rifqi ke sana.


Terserlah keseronokkan aiman & rifqi setibanya di banggunan pentadbiran untuk tujuan pendaftaran.



menaiki gajah mengelilingi kawasan yang disediakan.




Untuk membolehkan layak mengikuti aktiviti menunggang gajah ini perlu ada pelekat bewarna kuning.klu hari ahad mmg susah la sikit.Maka tak bolehlah mengikuti aktiviti tersebut.



Berehat di pondok tersedia bagi memerhati perjalanan aktiviti yang dijalankan.



Aktiviti Bersama Gajah


Memberi makan Gajah sebelum aktiviti di jalankan.


Mandi bersama gajah,merupakan acara terakhir bersama gajah.



Memberi makanan pada anak gajah,kacang,pisang atau tebu boleh di berikan pada anak gajah tersebut.



Gajah bergerak menuju sungai untuk aktiviti mandi.



Rifqi bergambar di pintu masuk tempat aktiviti gajah.



Aktiviti Kuala Gandah


Kalau berkunjung ke Kuala Gandah Pasti pelabagai aksi akan dipertontonkan oleh aiman dan rifqi...tegok lah tu...


Ruang pameran dan maklumat setelah selesai daftar ...


Aksi pertama setibanya di kuala gandah.....


Cepat abi...dah sedia dah ni...

Percutian tak dirancang,setelah hajat utama tidak bersua...




Kuala Gandah Lanchang,Pahang


Setelah selesai mendaftar sebagai pengungjung dan mendapat stiker merah,kami hanya dibenarkan melawat dan memberi makan dan mandi bersama gajah sahaja...tak boleh menunggang gajah la...Waktu pertunjukkan gajah bermula jam 2 petang.



Pintu masuk sebelum memasuki pusat pemuliharaan gajah, kuala Gandah.....



Mercu Tanda Negeri Pahang,kita datang lagi ye...abi dan ummi,bawak atuk dan tok wan....



Best lah dapat melawat ni.....



Latar sungai belakang tu terdapat 2 ekor gajah yang sedang mandi,inilah coretan lawatan kami.tiba jam 1.15 petang dan nak ke deerland Park pulak ni ...jom.....jam 3.30 Petang kami meninggalkan kuala gandah.





Jom Pi Mini Zoo Kuantan


Rifqi Afkar memikirkan destinasi seterusnya selepas ini............


Kenangan terindah bersama atuk mimah di taman Teruntum

habis tawaf satu taman angkara Aiman bersama atuk





Terima kasih Tok Wan & Atuk Mimah


Berselera pakteh dan atuk mimah menikmati chiken slizing.

Tok Wan order lain dapat pulak lain,kira ok la.......x cukup dengan chiken slizing,siap tambah kuey tiaw lagi....tp kuey tiaw nyer...????


aksi menunggu pesanan tiba....


Setelah hampir 3 bulan ,tidak menjejakkan kaki ke rumah atuk dan tok wan,bergetar sgt2 kata hati ini untuk balik dan menziarahi ibunda tercinta...apa tidaknya,isian kuliah UKM sebelumnya turut membicara dan berkongsi kisah suka cita bersama ayahandanya.Tersentap SEKETIKA melihat leleh air mata pensyarah tersebut tidak dapat mengungkap perit rasa mengenangkan pemergian ayahandanya yang tercinta.
Tanpa dirancang percasimbiosis pun terus bertekad untuk pulang menemui ibunda dan ayahanda.TerpancarLah terubatnyer rindu seorang atuk dan tok wan buat cucunye setelah lama tidak bersua.Malam tersebut seperti biasa rencana di atur Tok wan.
Terima Kasih Atuk & Tok Wan.


Perihal 3 Perkara ?



3 Hal yang membuat Kita Kuat :
• IMAN
• PENGHARAPAN
• KASIH

3Hal yang tidak akan dilupakan :
• CINTA
• KEJUJURAN
• PERSAHABATAN

3 hal yang tidak pernah kembali :
• WAKTU
• PERKATAAN
• KESEMPATAN

3 hal yg menghancurkan :
• KEMARAHAN
• KESOMBONGAN
• KESERAKAHAN

3 hal tidak boleh hilang :
• KASIH
• SUKA CITA
• DAMAI SEJAHTERA

3 Hal yang membuat Kita Dewasa :
• KESABARAN
• KETULUSAN
• RASA SYUKUR

3 hal membuat Kita Berharga :
• KOMITMEN
• KERENDAHAN HATI
• KEJUJURAN

Sulamilah citra isi diri kita dengan pautan 3 di atas sebagai batasan harakat terlaksana hajat.

Petua Harmonikan Rumahtangga



HAL YANG SERING MEROSAKKAN PERNIKAHAN.

Suami :
1. Suami tidak berfungsi menjadi pemimpin dgn baik akibatnya saling melukai.
2. Suami gagal menjadikan Isteri sumber perkongsian dlm hidupnya.
3. Suami membandingkan Isteri dgn wanita lain.
4. Suami kurang disiplin mengawal emosi dan kebiasaan bertabiat buruk.
5. Suami gagal memuji hal-hal kecil dari Isteri.
6. Suami menolak pendapat Isteri.
7. Suami tidak pernah minta maaf.

Isteri :
1. Isteri tidak menghargai Suami sbgai autoriti.
2. Isteri gagal menundukan diri kpd Suami.
3. Isteri gagal menampilkan kecekapan batiniah.
4. Isteri gagal menunjukan rasa syukur kpd Suami.

Keperluan seorang Suami :
1. Layanan kasih sayang.
2. Isteri sebagai sahabat.
3. Rumah yg rapi.
4. Isteri yg menarik
5. Saling menghargai.

Keperluan seorang Isteri :
1. Kasih dan penghargaan.
2. Diajak bicara.
3. Jujur dan terbuka.
4. Kewangan yang cukup.
5. Komitmen terhadap keluarga.

Justeru,bersumberkan sedikit panduan kajian ini,marilah digubah kembali jalinan ikatan yang jikalau telah terlerai sedikit simpulannya,kita rentapkan kembali menjadi simpulan mati yang tidak mungkin dirungkai lagi akan ikatan kasih tautannya.
INGAT..!! Teraju keluarga yg berhasil dlm keluarga maka keberhasilan yg lain akan mengikuti, Teraju keluarga yg gagal dlm memacu keluarganya maka kegagalan lain akan mengikuti."

SEKADAR RENUNGAN........

Penangan Ultraman


Ultraman sememangnya menjadi idola kegemaran kanak-kanak.terlalu asyik dengan aksi2 tempurnya imaginasi kanak2 cukup menjadi ikutan.


Terlalu asyik menggayakan aksi Ultraman,akhirnya rifqi telah tercedera ketika menggayakan aksi-aksi pertarungan walaupun pertarungannya baru diperingkat latihan...saksikan.

tangan kanan rifqi


Terguris pada paku didinding



sebelum menerima rawatan

Setelah menerima satu injeksyen........
Inilah sedikit natijah yang perlu sama-sama kita iktibarkan........

Mewarna Poster antidadah


Cikgu Hasriq bin mohammad penyelaras program mewarna tersebut
memberi semangat dan panduan pada para peserta.

memerhati akan gelagat sir Hasriq......



Muhammad Aiman Nafiz Khusyuk menyiapkan tugasan lukisannya bertajuk Hidup Ceria Tanpa Dadah


Hari terakhir persekolahan penggal ini,diisi dengan pertandingan mewarna dan pelancaran kelab Rukun Negara,Aiman cukup bersemangat mengikuti program tersebut.Pendedahan yang sangat baik buat semua murid kerana bakat semulajadi dan penghayatan terhadap bahaya Dadah dan Rukun negara dapat dimengerti serta di adaptasi....mudah mudahan peroleh panduan bimbingan jalan kebenaran.Telah berlangsung di dewan besar SK Mela Lipis.